Tema
Tema novel ini ialah tentang kegigihan remaja berketurunan Orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya. Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah. Dalah hal ini, Adit berpendapat bahawa sekolah tempat tidak penting, bagi Adit asalkan seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.
Persoalan
Antara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah persoalan tentang pentingnya kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan ketinggalan arus pembangunan.
Selain itu terdapat juga persoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan. Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang hidup dalam kemiskinan dan kemunduran. Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak. Sumber air mereka ialah dari sungai.
Di samping itu, persoalan tentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa Cina menolong Adit dengan menumpangkan Adit pergi ke sekolah dan balik ke rumah setelah tamat masa persekolahan.
Akhir sekali, terdapat juga persoalan tentang semangat kekitaan dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, guru-guru di sekolah membantu Adit agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Apabila Adit terlibat dalam kemalangan pula, pekerja-pekerja balak bekerjasama dengan penduduk kampung Orang Asli mencari Adit.
Catatan: Dalam peperiksaan huraikan tiga persoalan sahaja.
Watak dan perwatakan
Watak utama novel Sukar Membawa Tuah ialah Adit. Adit anak Pak Katan, remaja yang erusia 10 tahun, berbadan kurus. Antara perwatakan Adit ialah bersemangat kuat. Misalnya. ……………………………………………………………….., Selain itu dia juga sangat rajin. Misalnya, ……………………………………………………………………………………….. Di samping itu, Adit juga menghormati orang tua. Buktinya, ……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Seterusnya, Adit juga mempunyai sikap suka membantu insan lain. Misalnya, …………………………………………………………………………. Di sebalik usia mudanya, Adit adalah remaja yang berani. Contohnya, ………………………………………………………………………………………………………… Ahkir sekali, Adit juga berfikiran luas. Misalnya, …………………………………………………………………………………………………………………………….
Watak-watak Sampingan
- Pak Katan : Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya.
- Mak Tawi : Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.
- Akeh : Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.
- Tijah : anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.
- Ah Tong : Penyelia pekerja balak, suka membantu.
Latar Tempat
Antara latar tempat novel Sukar Membawa Tuah ialah Kampung Bakai, Bukit Lokan. Di sinilah…………………………………. ………………………….. ………………………………………………………………… Selain itu, cerita dalam novel ini juga belatarkan rumah Pak Katan. Misalnya, …………………………………………………………………….
………………………………………………………. Di samping itu, tepi sungai juga menjadi latar tempat cerita dalam novel ini. Contohnya, ………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Latar Tempat yang lain
- Hutan
- Di dalam gaung.
- Sekolah
Latar Masyarakat
Antara masyarakat digambarkan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah masyarakat yang yang kurang mementingkan pendidikan. Misalnya, ………………………………………………………………………………….. Selain itu, terdapat juga masyarakat Orang Asli yang percaya akan kepada alam mistik seperti roh jahat. Contohnya, ………………………………………………………………………………………………………….. Di samping itu, novel ini juga berlatarkan masyarakat Orang Asli yang bergantung pada hasil hutan untuk meneruskan kehidupan. Buktinya, …………………. …………………………………………………….. Akhir sekali, latar masyarakat bagi novel ini ialah masyarakat Orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka. Contohnya, …………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Nilai
- Kasih sayang
- Kerajinan
- Bekerjasama
- Tolong-menolong
- Bercita-cita tinggi
NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH
SINOPSIS BAB DEMI BAB
Bab Satu: Inilah Dunia Kami
Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia pergi ke hutan untuk memulakan pekerjaan yang menjadi rutin kehidupannya, mencari rotan di dalam hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di dalam hutan pada pagi itu. Adit yang sudah lali dengan kerja itu menyediakan tali untuk mengikat rotan yang diperoleh nanti. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya untuk mendapat ikan yang banyak. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi ikan-ikan yang terlekat. Kemudian, dia meletakkan belat tersebut kembali lalu mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya pergi ke hutan selepas sarapan pagi.
Bab Dua : Rutin Harian Adit Bermula
Adit dan ayahnya pergi ke hutan. Adit tidak menghiraukan keadaan pakaiannya yang sudah lusuh, lantaran menyedari kemiskinan hidupnya. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk dijual dan hasil jualannya nanti hanya cukup untuk membeli makanan dan keperluan harian sahaja, tetapi tidak cukup untuk membeli pakaian baru.
Masyarakat Orang Asli menjual hasil hutan yang mereka peroleh kepada tauke Cina. Oleh sebab tahap pendidikan mereka yang rendah dan kemudahan infastruktur dalam keadaan yang sangat menyedihkan, maka kehidupan mereka dihimpit kemiskinan dan serba kekurangan. Pekan terhampir terletak kira-kira 30km dari kampung mereka. Oleh hal yang demikian, barang keperluan hanya diperoleh melalui pekerja balak yang berulang-alik dari kampung mereka ke pekan. Namun begitu, mereka tetap selesa hidup di sini dengan sedikit bantuan daripada agensi kerajaan.
Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian untuk mempertahankan tempat tinggal yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Namun begitu, penerokaan hutan untuk aktiviti pembalakan kian menghimpit kehidupan mereka. Misalnya, Adit masih tidak bersekolah biarpun sumurnya sudah hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan pengetahuan tentang hutan sebagai asas pendidikan Adit.
Adit menimbulkan persoalan tentang kepupusan hasil hutan dan musibah yang bakal menimpa mereka. Walau bagaimanapun persolan itu dinafikan oleh ayahnya yang tidak sedar akan realiti itu. Dalam pada itu, Adit teringat akan Akeh, satu-satunya rakannya yang bersekolah. Akeh tinggal di asrama dan dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Akeh bercita-cita ingin menjadi jurutera untuk membolehkannya berbakti kepada masyarakat orang asli. Minat untuk bersekolah timbul dalam perasaan Adit apabila dia diajak bersekolah dan apabila mendengar cerita-cerita tentang alam persekolahan Akeh. Namun demikian, keinginannya untuk bersekolah tidak dinyatakan oleh Adit kepada ayahnya.
Bab Tiga: Impian Adit
Bab ini berkisar tentang cerita Adit yang terlalu ingin bersekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan kepada ayahnya semasa mereka berakit membawa rotan. Namun begitu, hasratnya itu dibantah oleh ayahnya yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka. Ayah Adit tidak melihat tujuan anaknya ialah untuk engubah nasib keluarga mereka. Jauh di sudut hatinya, Pak Katan memahami hasrat Adit, tetapi pada masa yang sama dia mahu Adit mengikut jejak langkahnya.
Pak Katan tidak memberi repons terhadap permintaan anaknya itu hingga membuat Adit berubah sikap. Hal ini menyebabkan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan punca yang menyebabkan anaknya begitu pada Pak Katan. Sementara itu, Adit teringat kembali akan kedatangan pegawai penerangan ke kampung mereka dan sikap masyarakat mereka yang endah tak endah terhadap dasar kerajaan.
Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah tidur lena. Pada pagi keesokannya, Pak Katan tidak pergi ke hutan sebalik dia pergi ke pekan. Niat Pak Katan pergi ke pekan tidak diketahui oleh Adit, kerana dia tidak menjawab apabila ditanya oleh Adit.
Bab Empat: Dugaan bagi Adit
Adit berurusan dengan tauke Cina yang ingin membeli hasil hutan yang dijualnya sebelum mengangkat belat di sungai. Adit berbuat demikian untuk mendapatkan ikan yang melekat pada belat tersebut. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar gembira tentang Adit yang akan mula bersekolah, namun demikian ayahnya gagal mendapatkan kemudahan asrama baginya. Oleh hal yang demikian, Adit sukar bersekolah sebab masalah pengangkutan kerana jarak sekolah yang jauh dari kampungnya. Kekecewaan terpancar pada wajah Adit yang begitu teringin bersekolah. Namun begitu, semasa menenangkan diri di sungai, Tijah rakan baiknya, datang untuk memujuknya dan berjanji untuk berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Adit.
Hujan lebat yang turun pada malam itu begitu merisaukan hati Pak Katan. Pak Katan risau akan rezekinya kerana tidak dapat pergi ke hutan pada keesokan harinya, tambahan pula belat yang ditahannya di sungai belum diangkat lagi. Satu perkara yang menambahkan kebuntuannya lagi ialah cara untuk menyelesaikan masalah persekolahan anaknya. Adit, termenung bersendirian tatkala memikirkan impiannya itu.
Bab Lima: Riak ceria buat Adit.
Hujan masih turun dengan lebat lagi. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada rumah terkena tempias air hujan. Adit diarahkan oleh ayahnya mencari kain guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, apabila hujan berhenti pada pagi itu mereka mendapat rezeki yang tidak pernah diduga. Sekor rusa yang dalam keadaan cedera terbaring di bawah rumah mereka. Rusa yang masih bernyawa itu dijual Pak Katan kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.
Ah Tong berasa harian apabila melihat Adit tidak pergi ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun begitu setelah Pak Katan menjelaskan bahawa Adit tidak mendapat tempat untuk tinggal di asrama, maka Ah Tong memahaminya dan dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya untuk ke sekolah. Adit begitu gembira kerana Ah Tong sudi menolongnya.
Bab Enam: Adit mula ke sekolah
Pada hari keesokannya, Adit memulakan pesekolahannya. Segala keperluannya telah dibelikan oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Adit menceritakan suasana persekolahannya kepada Tijah. Tijah teringin juga bersekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang inginkan dia berkahwin jika bertemu jodoh beberapa tahun yang akan datang. Adit ada hati ingin menghebohkan bahawa dia sudah bersekolah kepada masyarakat di kampungnya, namun begitu dia membatalkan hasratnya, kerana menyedari sikap negatif penduduk di situ akan pendidikan.
Ayah dan ibunya gembira apabila melihat Adit yang mencuba memakai pakaian baru. Lebih mengembirakan lagi apabila ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu di kem pembalakan dengan upah yang lebih baik lagi daripada pendapatan memungut hasil hutan. Adit begitu gembira. Ibu bapanya menasihati Adit supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.
Bab Tujuh: Hari Pertama ke Sekolah
Hari pertama ke sekolah, Adit mandi pada pukul 4 pagi di sungai untuk pertama kalinya. Pagi itu dia dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Oleh sebab tiba terlalu awal dia tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal keselamatan sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan. Mereka bersarapan sambil berbicara tentang rakannya Akeh, pada masa yang sama Pak Kassim menyatakan kesudiannya uktuk Adit.
Di dalam kelas, Adit jauh lebih tua daripada rakan-rakannya. Selain itu, dia juga sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Apabila masa persekolahan tamat, dia bertemu dengan Akeh dan mereka pun pulang menaiki lori balak Ah Tong.
Adit mula serasi dengan rutin hariannya mengejar masa untuk ke sekolah. Dalam pada itu, dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran. Adit berpeluang untuk melompat kelas. Hal tersebut telah menggembirakan gurunya. Namun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu. Hal ini menyebabkan dia semakin kurus, namun, tidak dia pernah mengeluh.
Lapan: Dugaan Terus Menimpa
Sepanjang dua bulan Adit bersekolah, dia tidak pernah ponteng. Dia masih menumpang kenderaan Ah Tong untuk ke sekolah pada pagi itu. Sementara itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petangnya pula Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah datang di rumah. Apabila melihat hari menjelang gelap, Pak Katan mengadu hal tersebut kepada Tok Batin. Tok Batin mengarahkan penduduk kampung mencari Adit. Setelah lima jam mencari baru mereka mengetahui rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas lalu masuk ke dalam gaung. Adit cedera parah , manakala Ah Tong mati di tempat kejadian.
Adit dihantar ke hospital dengan lori balak. Dia telah kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit sudah ditemui dan berada di hospital. Di hospital Pak Katan menanti masa untuk melihat keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. Dua jam kemudian, doktor mengatakan bahawa Adit dalam keadaanyang kian stabil.
Bab Sembilan: Mendung Berarak Pergi.
Adit terlantar di hospital selama dua bulan. Dia dijaga oleh ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Sementara itu, adik-adiknya dijaga oleh isteri Tok Batin. Dia akhirnya sembuh, namun begitu kakinya telah tempang. Akan tetapi kecacatannya itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini telah mendapat perhatian daripada pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberikan bantuan dengan menawarkan tempat untuknya di asrama. Dia boleh berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran sehingga mendapat tempat pertama dalam kelasnya setelah keputusan peperiksaan diketahui.
Setelah enam tahun peristiwa itu sudah dan kini semakin ramai anak Orang Asli yang bersekolah mengikut jejak langkah Adit. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh, namun begitu Adit menolak tawaran tersebut kerana menyedari kemiskinan keluarganya. Adit berpendapat walaupun dia belajar di sekolah biasa, dia tetap boleh berjaya asalkan dia rajin berusaha.

begitu la orang asli yg susah untuk mendapatkan………………………….kejayaan
ok
ok
zzzzzz blur noob
mane ade noob kalau ade folio tentang sukar membawa tuah boleh gune ini
hnape sinopsis ikut bab…cube sedia kan sinopsis yang satu perenggan..
tau tk pe
tau tak pe
ishhh ishh ishh
agreed !
Kalau nak tengok sinopsis keseluruhan tengok kat blakang buku laa.
sokong faiz
btol-2 !
betul tu faiz
kalau nak cari yang satu perenggan cari lah sendiri, hadddoooi orang dah tolong nak merungut pulak. ayoyo
kebanyakkan orang cari ikut bab macam aku
apa plot,tema dan persoalan,sinopsis,latar,gaya bahsa,nilai dan pengajarannya?? saya form1 nak tahu pasal sukar membawa tuah nie..
betul ttu…
pelajar-pelajar zaman ini sangat malas. Semua benda mahu disuap.. Sepatutnya ucap terima kasih pada pemilik blog ini.. Orang yang berjaya ialah orang yang rajin berusaha sendiri bukan bersikap seperti anak burung yang hanya mengangakan mulut tunggu cacing disuap ke mulut!
tengok kat buku la . tak pon tanya cikgu ke , kawan ke , cari sendiri ke . pandai padai la nk cari . pandai – pandai la nk berusaha .
dax2 skrg biasa ar…….
darwish la kau
its a very nice story… i luv it ….
KNAPE X DE SINOPSIS KESELURUHAN CERITA INI?
Tu la kan?….
sinopsis hanya singkatan bagy novel nie..
Tu Lhaa kan ?
Nape tak buat daLam satu perengggan
saya nk nama-nama tempat yang terdapat dalam buku sukar membawa tuah..
Watak-watak Sampingan
Pak Katan : Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya.
Mak Tawi : Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.
Akeh : Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.
Tijah : anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.
Ah Tong : Penyelia pekerja balak, suka membantu.
terbaik~~~boleh la wat keje gne internet je
tu la tu ! best skit wat keje gne internet !
bestnya semuani
ader tak gaya bahasa
betul2 .. saya pon nk gaya bahasa ..
mane cite keseluruhannye???? saye nk thu tntg “sukar membawa tuah”…………..
i like it , hehehe
IT’S VERY USE FULL FOR SECONDARY SCHOOL PUPILS………………………………. .I LIKE IT OOOOOOOOOOOOOOOOO COOL……………………………………………………………….””””””””””””””””””””””””””””
SAYA BOLEH BELAJAR DENGAN INI……………
saya boleh belajar denga ini tetapi ade yang tertinggal(pengajaran)
baguslah, senang untuk ulangkaji PMR.
merapu pa
ade sinopsis ringkas tak ?
carik lah sendiri
tngok la kat belakang buku…asyik nk suap je…cari x nk..
akhir nyer dapat pon siapkan bab enam …x de ke tarik sekben lagi arrr
saya berpuas haty dgn blog ini kerana dpt membantu saya untuk membuat folio..
tp mane pengajaran bagy novel sukar membawa tuah nie…?_?
contohnye mene
terima kasih
bnyk songeh plak korng nie … x besyukor lngsung …. pemilik blog ni ddh memudkn keje kite dh …… hish
loli… betul tu bersyukur la ape yg ade … macam x leh cari sendiri plak… and tq yang punya blogni folio sya da siap . k.. thanks
erm … ade jugk orng yg sokong loli … ingtkn x de
best nye cerita ni
Ermm … Nak taye boleh ? Saya ni form 1 and Saya x tahu lah mcm mne nak jawab ‘ Nilai Murni ‘ untuk novel nie .. Kalau boleh , saya nak tahu tentang cara-cara untuk tulis nilai murni dlm bentuk novel … -tq-
Sama dengan cara menjawab soalan persoalan dan soalan-soalan lain-lain; nyatakan tiga nilai utama dan setiap nilai itu diberi contoh yang terdapat dalam novel.
hi! i’m a form 3 student. thank you so much! your blog does help me a lot!
saya ni form 1 . tak lama lagi saya akan menghadapi ujian . kepala saya ni dh pening dh . nak buat sinopsis untuk sukar membawa tuah . kalau boleh , boleh tak masuk kan sinopsis yang ringkas tentang novel nie . saya dh cuba , tapi tak boleh jugak
jgn mengalah!berusaha lagi ye.
thank u 4 tiz sinopsis i luv it
iiii
thank 4 help meeeeeeeeeeee
korang sume nie tau nk komen jer komen yer dh ler yg mcm megutuk korang nie org nyer dh sedia kn bnde alh nie dh kira brsyukur la bce lh pstu prh otk korang tu bru lh blh pndai pkr la!!!!!!!!
BOB IN THE HOUSE
saya
noob
yooo
iman noob
noob punya choki
super!
Thanks a lot.u alls must thnks to this blogger n not gudged it!yayyyy!
pengajaran,gaya bahasa,plot x de ke ???
tak seronak
napa tak seronak pulok
[...] Novel Sukar Membawa Tuah (3) [...]
[...] Novel Sukar Membawa Tuah [...]
thanks….hahahhaha
wow bagus betullah sinopsis sukar membawa tuah nie.Tak rugi bukak web nie.
saya form 1 tak tahu nak buat sinopsis secara ringkas.Tolong buatkan sinopsis secara ringkas boleh.Pleaseeeeeee. ^_^
canntekkk, nasib baik ada web in
dapat juga buat tema sukar membawa tuah
h
pehh
ok memang ok..
x boleh pendek lagi ker???
plot, gaya bahasa , unsur bunyi dan pengajaran tiada kerrrrr……………….
bagus ada blog nie–keke<
Best Gila aku baca
bagus la blog nie,,,
Bagusnya ! Sekarang , saya boleh menyiapkan karangan saya
Tetapi , bagaimana dengan pengajaran ?
Pengajaran takde kee ?? Folio hampi siap . Klau ade pengajaran tu . Siap semua . Nak pengajaran die . nakk pengajaran die .
superb I like it