Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke-53

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2010 – Hari ini merupakan hari yang cukup bermakna dalam hidup saya.  Saya berkata demikian, kerana walaupun sudah 10 tahun bekerja di Kuala Lumpur inilah kali pertama saya terlibat dengan acara menyambut ulang tahun kemerdekaan negara. Jika sebelum ini saya lebih suka duduk di hadapan televisyen menyaksikan acara sambutan secara langsung, tetapi pada ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-53 ini saya amat bertuah kerana telah ditugaskan bersama dengan tiga orang guru yang lain untuk mengiring 71 orang pelajar yang terlibat dengan acara Bicara Berirama.

Persembahan bicara berirama yang diadaptasi daripada Choral Speaking itu adalah buat julung-julung kalinya dipersembahkan semasa menyambut hari ulang tahun kemerdekan negara.  Untuk pesembahan selama kira-kira tujuh minit dan melibatkan seramai 1000 orang itu kami telah berlatih selama kira 18 hari. Latihan berpusat telah dadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (Lelaki),Kuala Lumpur,  Stadium Badminton Cheras, Stadium Titiwangsa dan berlatih empat hari termasuk dua hari raptai penuh di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Pada pagi 31 Ogos, semasa menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang Ke-53 yang buat pertama kalinya diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil kami diberi tempat duduk di sebelah kiri Kumpulan Koir dari Universiti Lim Kok Wing.

Semasa atur cara sambutan yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu saya dapat merasakan sesuatu yang lain daripada apa yang saya rasakan semasa menyaksikan acara sambutan secara langsung di televisyen.  Persembahan selama dua jam itu amat menginsafkan saya betapa pentingnya perpaduan rakyat. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa seluruh rakyat Malaysia sayang dan cinta akan tanah air ini. Sesungguhnya perbezaan antara kita bukanlah jurang pemisah tetapi jambatan penghubung yang mengukuhkan perhubungan kita.  Sedarlah betapa bertuahnya kita kerana dilahirkan di bumi tercinta ini.

2 responses

  1. fadilah ismail | Balas

    bes gila

  2. fadilah ismail | Balas

    saya suka saya suka

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: