Peristiwa sejarah tanah air: Lupa atau tidak ambil berat?

Dipetik daripada: Utusan Malaysia

BULAN Ogos dan September merupakan dua bulan yang amat bersejarah untuk negara Malaysia.

Ogos atau August dalam Bahasa Inggeris bermaksud bulan ke-8 dalam satu-satu tahun. Augustjuga bermaksud respectedinfluential (unggul /mulia). Secara umum boleh ditafsirkan bulan Ogos sebagai bulan yang dianggap sebagai unggul. Apatah lagi 52 tahun yang lalu, negara kita, yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, mencapai kemerdekaan. Tanggal 31 Ogos, 1957, membawakan kebebasan, kemerdekaan, kesediaan rakyat Tanah Melayu untuk berdikari, berfikir sendiri dan bebas untuk membangunkan negara tercinta.

Pengorbanan rakyatnya, khususnya daripada kaum Melayu, dari segi nyawa dan tenaga, harta dan wang, usaha dan pemikiran melalui politik tanah air, pentadbiran, ketenteraan, polis dan keselamatan, penulisan dan lain-lain, tidak dapat dibalas dan dinilaikan.

September pula merupakan bulan wujudnya negara Malaysia iaitu pada 16 September 1963. Tanggal ini mencantumkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (kemudiannya keluar daripada gagasan ini), menjadi sebuah negara yang lebih besar, iaitu Malaysia.

Kini Malaysia tercatat di peta dunia sejak 1963, dan telah membangun dan maju dengan pesatnya. Rakyat berbilang kaum hidup aman damai dengan sikap hormat menghormati serta toleransi di antara satu dengan lain.

Saya terkejut juga semasa menjalankan tugas dahulu apabila ditanya kepada beberapa orang guru sandaran terlatih yang hendak dilantik ke jawatan tetap kerajaan, mereka tidak tahu mengapa Malaysia ditubuhkan. Apa ertinya penubuhan Malaysia bagi Sabah dan Sarawak?

Apa maksud Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957? Ramai mengatakan 31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan untuk Sabah dan Sarawak juga.

Saya katakan pada 1957, Sabah dan Sarawak belum merdeka. Belum pun lagi menyertai Malaysia. Bila pula tarikh Sabah dan Sarawak merdeka? Bertambah keliru mereka! Di mana salahnya di sini? Adakah pendidikan kita di sekolah tidak menyatakan dan menjelaskan dengan tepat maksud tarikh-tarikh tersebut. Ataupun kerajaan di dalam mengingati peristiwa sejarah tanah air, lupa menghargainya ataupun tidak menjelaskan dengan betul maksud perayaan tersebut, sehinggakan rakyat keliru dan salah tanggap peristiwa sejarah tanah air kita.

Saya maklum dan saya rasa, ada yang maklum, mengapa 31 Ogos setiap tahun diangkat sebagai tarikh ulang tahun Kemerdekaan Malaysia, walaupun pada tahun 1957, Sabah dan Sarawak belum menyertai Malaysia. Kerajaan perlu menentukan 1 tarikh yang sesuai untuk ulang tahun Kemerdekaan dan 31 Ogos adalah amat sesuai kerana ia merupakan tarikh Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan.

Peristiwa 16 September 1963 merupakan satu peristiwa yang amat bersejarah, dan yang terawal. Memang Tunku Abdul Rahman mengharapkan 31 Ogos 1963 diisytiharkan penubuhan Malaysia, tetapi oleh kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, terpaksa diisytiharkan pada 16 September.

Tetapi mengapa keadaannya begini sekarang ini? Ramai yang keliru. Adakah saja-saja kita hendak lupakan sejarah atau kita tidak ambil berat atau hendak kelirukan mereka? Bukankah 31 Ogos dan 16 September adalah tarikh-tarikh penting untuk negara dan rakyat Malaysia. Saya harap pihak tertentu akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengingati juga 16 September seperti kita mengingati 31 Ogos supaya rakyat tidak keliru. Janganlah kita lupakan sejarah atau tidak ambil berat sebab kita 1Malaysia!

 

4 responses

  1. Okay,baguslah.tapi penatlah.#mood:merepek

  2. bolehlah

  3. Bosannya………….Ini sejarah apalah

  4. sejarah penting whowwwww lagi banyak lagi bagus cepat pandai

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: