Novel Sukar Membawa Tuah: Sinopsis Ringkas

Novel Sukar Membawa Tuah karya M.Z. Erylsha mengisahkan kesukaran hidup Adit yang merupakan seorang remaja daripada kaum Orang Asli tinggal di kawasan pedalaman. Kehidupan mereka hanya bergantung pada hasil-hasil hutan, kampung mereka kekurangan kemudahan infastruktur, tambahan pula mereka tidak mementingkan pendidikan dan masih berpegang teguh pada kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Dalam diam-diam Adit menaruh impian untuk bersekolah. Pada mulanya hasratnya itu dibantah oleh ayahnya Pak Katan yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka. Akhirnya Aidit bersekolah juga, namun begitu dia tidak mendapat kemudahan untuk tinggal di asrama. Hal  ini menyebabkan dia terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari dengan menumpang kenderaan Ah Tong, pekerja balak. Walaupun terpaksa berulang-alik, Adit tidak pernah ponteng sekolah.  Pada suatu hari Adit ditimpa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya menjadi tempang. Walaupun cacat, keadaan itu tidak melemahkan semangat Adit untuk meneruskan persekolahannya. Akhirnya Adit ini telah mendapat tempat di asrama.  Dia berkongsi katil dengan sahabatnya Akeh. Adit menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran sehingga mendapat tempat pertama dalam kelasnya.

Kejayaan Adit menyebabkan semakin ramai anak Orang Asli yang bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR.  Dia ditawarkan untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh, namun begitu Adit menolak tawaran tersebut kerana menyedari kemiskinan keluarganya. Adit  berpendapat walaupun dia belajar di sekolah biasa, dia tetap boleh berjaya asalkan dia rajin berusaha.

About these ads

20 gerakbalas-gerakbalas

  1. ni ker sinopsi yg paling ringkas????

    1. kalau nk ringkas lagi. kau buat sendiri !!!

  2. Bgus jugk

  3. bagus:)

  4. bagus lah

  5. D-bro Beatboxer | Balas

    Huuuu nasib baik ade internet kalau tk, tk siap lah kerja komsas saya…btw bagus sngt

  6. malas betol nk bace kt buku,, kan senang ade kt internet …..ringkas lagi..:D

  7. Yes jawapan! Ringkasan yang baik.

  8. Panjang nyaaaaa Besok kena hantar, malam ni baru buat. Alamak tolong sayaa>.< Cikgu sya tak kasi print haha

    1. itu pun nak merungut. Kemudahan dah diberikan pun masih tidak bersyukur. Istifar banyak banyak ;D

  9. budak baru belajar | Balas

    boleh jugak lah

  10. sharirifah nadhirah palajar cemerlang 5A UPSR | Balas

    Ini untuk semua bab ke??

  11. terima kasih buat sinopsis ringkas ni.. kalau tak x siap buat sinopsis…. BTW thanx.. :-)

  12. nurin zulaikha | Balas

    terima kasih kerana menyediakan nota ringkas ini. :)

  13. i’s best

  14. its the best sinopsis .thank you.

  15. greaaaaaaat!!!

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: