Faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Banyak faedah yang diperoleh apabila seseorang pelajar itu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum, namun begitu begitu ramai pelajar yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri,  seperti untuk berpelesiran di kafe siber dan melepak di pusat beli-belah.

Persoalannya sedarkah mereka tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. Seseorang pelajar dapat menggunakan masanya dengan berfaedah apabila melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Dalam pada itu, sikap berdisiplin dapat ditanam dalam sanubari pelajar-pelajar sekolah. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan pelajar. Hal ini akan mewujudkan sikap kerjasama dan toleransi di samping itu, perpaduan kaum juga dapat dipupuk. Perpaduan kaum adalah tulang belakang dalam membentuk sebuah negara yang aman damai, supaya rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Yang lebih penting para pelajar dapat meluaskan ilmu pengetahuan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.

Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat mengenali dan memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia dan seterusnya  dapat mewujudkan rasa bangga terhadap budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda selain dapat membina keyakinan diri dalam mengharungi kehidupan. Hal ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan kes-kes juvana dalam kalangan remaja kerana pelajar tidak akan ada masa untuk melibatkan diri dengan masalah-masalah sosial.

Kita akui bahawa sesetengah pelajar menganggap kegiatan kokurikulum ini boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran, malahan boleh mengeruhkan hubungan antara pelajar berbilang kaum jika tidak dikawal, namun begitu golongan yang berfikiran negatif ini haruslah ingat akan faedahnya lebih banyak berbanding kesan buruknya.

PEMAHAMAN

  1. Berikan maksud rangkai kata  menjejaskan tumpuan?
  2. Apakah alasan yang diberikan oleh yang pelajar tidak mahu menyertai kegiatan kokurikulum ?
  3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menggalakan para pelajar menyertai aktiviti kokurikulum?
About these ads

30 gerakbalas-gerakbalas

  1. Very nice karangan. who wrote this?

  2. tidak dapat menumpukan perhatian.

  3. yeahh…sng la nak buat homework sye…karangan ni sme dengan kerangka yg cikgu bgi..lolz

  4. syuhadah abdullah | Balas

    senang la nk buat homework .. karangan ni sme dgn isi yg cikguu bagi …

  5. best la ader mcm ni…sng proses pembelajaran

  6. wa memang ringkas dan padat..bagus

  7. haha best laa ade jwpn ni !! :P

  8. wow memang seronok lh ade jawapan ni…. tkde lah berserabut nk fikir

  9. Nur Hanany Basyierah | Balas

    soalan yang sangat bagus…….

  10. Chloe Wong Jia En | Balas

    ngam ngam cikgu bagi kerja sekolah suruh buat karangan Faedah menyertai kegiatan kokurikulum…tengah tengok ni..main salin.hehe

  11. bagus dapat belejar ni

    1. Ye ke?

  12. karangan yang bagus dan membantu saye untuk membuat karangan
    terima kasihhh!!!!:)

  13. ju;fljlyolfpfera;fkgy

  14. kkfjgfdjgjdjffn

  15. jggjtythrfrtyuruy

  16. dvfgdgfblghhonhnoglgnnkgolhonhknohnlhonhoohhhhhhhhhhhhh

  17. senang saya untuk mengatahui faedah menyertai kegiatan kokurikulum dgn mudah…
    nanti senang saya jawab

  18. wow……excellent.easy 2 understand

  19. thanks a lot

  20. dh ade jwpn

  21. thank you very much…

  22. helpfull essay 4 me

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: