Perbezaan maksud penyakit kronik dengan penyakit berbahaya.

Kronik bermaksud sudah berlarutan, tamsilnya penyakit yang sukar untuk sembuh  sebab sudah lama dihidapi oleh si pengidap.  Selain itu kronik juga digunakan untuk merujuk keadaan atau masalah yang sangat teruk dan tidak menyenangkan.  Berbahaya pula sesuatu boleh mendatangkan bahaya, dalam (terancam oleh) bahaya. Namun kita sering menyebut penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan masalah buah pinggang sebagai penyakit kronik.  Pada pandangan penulis istilah kronik sesuai jika penyakit tersebut sudah belarutan sehingga menjadi penyakit tekanan darah tinggi yang kronik, penyakit kencing manis kronik, lemah jantung yang kronik dan masalah buah pinggang yang kronik.

Memanglah penyakit-penyakit tersebut berbahaya apabila sudah menjadi kronik, tetapi mengistilahkan kesemua penyakit tersebut sebagai penyakit kronik adalah kurang tepat.  Hal ini dikatakan demikian kerana bukan semua penyakit tersebut boleh menjadi kronik, malahan ada pengidapnya yang dapat disembuhkan jika dirawat lebih awal sebelum penyakitnya kronik. Sebaliknya, penyakit-penyakit lain seperti batuk, penyakit kulit, asma, sakit lutut atau bisul boleh menjadi kronik jika tidak dirawat sekian lama.

Kesimpulannya, semua penyakit kronik adalah berbahaya, tetapi mengertikan bahawa semua penyakit berbahaya itu ialah penyakit kronik adalah tidak tepat.  Oleh itu, bermula dari sekarang janganlah kita bersikap sudah terang lagi bersuluh, kerana sudah jelas bahawa maksud penyakit kronik dan maksud penyakit berbahaya adalah berbeza.

About these ads

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: