Bagai aur dengan tebing

(Sekadar gambar hiasan) Aur merupakan antara jenis buluh yang paling kecil.  Pada pandangan penulis buluh aur matang yang paling besar mungkin hanya sebesar ibu jari kaki.  Aur biasanya tumbuh di tebing sungai, walaupun berbatang kecil, namun begitu aur berakar kukuh.  Akar serabutnya dapat mencengkam tanah dengan kukuh dan seterusnya dapat menghalang hakisan di tebing sungai, terutamanya pada waktu banjir. Peribahasa bagai aur dengan tebing bermaksud masyarakat yang saling menolong dan saling memerlukan atau sering disebut berganding bahu bagai aur dengan tebing sama seperti aur memerlukan air sungai untuk tumbuh, manakala sungai memerlukan aur untuk menahan tebingnya daripada runtuh dihakis oleh air sungai.

Peringatan

Pada pandangan penulis, peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan sikap masyarakat yang saling menolong dan bekerjasama dalam hal-hal seperti menjaga kebersihan, memupuk semangat perpaduan, mencegah penyakit berjangkit dan mengurangkan kemalangan jalan raya tetapi kurang sesuai untuk hal-hal seperti mengawal obesiti, menjaga kesihatan diri dan saranan mengamalkan gaya hidup sihat.

About these ads

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: