Huraian Sukatan Pelajaran dan Aras BM Tingkatan 2

HPU dan HPK

Aras

1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra1.1 Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga, rakan dan masyarakat dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi serta nada yang sesuai.

1.2 Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang

1.3 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai.

1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan.

1.5 Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam  pelbagai situasi.

1.6 Menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan.

Aras 1i. Berbual tentang pengalaman diri dan kegiatan harian dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang sesuai.

ii. Membenarkan pendapat rakan untuk meneruskan perbualan.

iii. Menjelaskan maksud sebenar penyataan dalam teks.

iv. Mengajukan soalan bercapah aras rendah dan memberikan jawapan yang sesuai dalam perbincangan secara berterus terang.

v. Membalas hujah dalam suasana perbincangan secara harmoni.

Aras 2

i. Mengemukakan hujah dan menegaskan pendirian dengan sopan tentang sesuatu topik yang dibincangkan dengan cara bersahaja.

ii. Menyatakan hasrat dan harapan untuk menjelaskan sesuatu perkara.

Aras 3

i. Menjelaskan tujuan sesuatu tindakan untuk mengelakkan kekeliruan.

2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan2.1 Mencetuskan idea yang bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan.

2.2 Menghuraikan idea yang bernas secara kritis dan kreatif.

2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.

2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan.

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan.

Aras 1i. Mengenal pasti isu dalam topik perbincangan untuk mencungkil idea.

ii. Mengemukakan idea utama dan idea sokongan untuk menghuraikan pendapat.

iii. Memberikan pendapat dengan mengemukakan contoh yang sesuai.

iv. Mempertahankan pendapat dengan alasan yang w ajar.

Aras 2

i. Menghubungkaitkan idea utama dan idea sokongan untuk menjelaskan pandangan.

ii. Meneroka pelbagai kemungkinan idea yang dapat dijadikan penyelesaian masalah.

Aras 3

i. Memantapkan idea dengan mengemukakan fakta daripada pelbagai sumber rujukan sebagai contoh dan bukti.

ii. Menjelaskan idea secara tersusun dengan spontan.

3.0 Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat3.1 Berbincang dengan menggunakan ragam bahasa dan gaya pengucapan yang betul semasa berunding.

3.2 Berbincang untuk menerima dan menolak pandangan orang lain secara terbuka untuk mencapai kata sepakat.

3.3 Menyatakan pendirian yang jelas dengan mengemukakan maklumat yang relevan.

3.4 Mempertimbangkan semua aspek yang dikemukakan dalam perundingan secara rasional untuk mencapai kata sepakat supaya diterima oleh semua pihak.

Aras 1i. Memberikan komen tentang sesuatu pandangan dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai untuk mengelakkan konflik.

ii. Memberikan pandangan dalam perundingan dengan menggunakan sebutan, intonasi, nada dan jeda yang sesuai untuk membina kesefahaman.

Aras 2

i. Mengamati memek muka, suara dan bahasa badan untuk memahami respons ketika berunding.

ii. Menyatakan persetujuan dan menolak beberapa penyataan yang diberikan oleh pihak lain dalam perundingan.

iii. Menegaskan hujah dengan mengemukakan alasan yang munasabah.

Aras 3

i. Memberikan penjelasan tentang kesan jangka panjang sesuatu pendirian yang diambil untuk mempengaruhi keputusan rundingan.

4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan4.1 Mengesan kecondongan pendapat dan menimbangkan pelbagai pilihan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

4.2 Menjelaskan dan membuktikan pertimbangan secara rasional dan adil bagi meyakinkan pihak yang terlibat.

Aras 1i.       Mengesan dan mengemukakan penggunaan kata, ungkapan dan ayat untuk mengenal pasti kecondongan pendapat.

Aras 2

i. Berbincang untuk mengesan kekuatan dan kelemahan sesuatu perkara untuk membuat pilihan terbaik.

Aras 3

i. Menjelaskan pendirian berdasarkan pertimbangan yang disokong oleh sumber rujukan yang boleh dipercayai.

5.0 Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain untuk melakukan sesuatu  5.1 Berbicara dan merayu dengan menggunakan kata, ungkapan, dan ayat yang dapat memberikan kesan memujuk untuk mendapatkan sesuatu.

5.2 Menggunakan hujah yang bernas dan meyakinkan untuk mempengaruhi pihak lain dalam pelbagai situasi.

5.3 Merayu dengan menggunakan strategi yang berkesan untuk memujuk pihak lain.

Aras 1i. Memilih dan mengungkapkan kata-kata yang manis dan memikat untuk mencetuskan minat serta memperlihatkan sikap ramah-tamah.

ii. Menjelaskan pendapat dengan memberikan contoh-contoh yang mudah diterima.

Aras 2

i. Mengulang penyataan yang berkesan untuk meningkatkan keyakinan.

Aras 3

i. Memberikan alasan yang munasabah sejajar dengan tujuan memujuk.

ii. Menggunakan gaya pengucapan yang sesuai untuk memenangi hati pihak lain.

6.0 Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan6.1 Menggunakan sebutan, intonasi, dan unsur para linguistik yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

6.2 Menggunakan perkataan, ungkapan, ayat, dan laras bahasa yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

6.3 Mengambil tindakan susulan terhadap pihak tertentu yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan.

Aras 1i. Menyusun kata, ungkapan, dan ayat untuk mendapatkan penjelasan tentang barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan gaya pengucapan yang sesuai.

Aras 2

i. Memberikan komen yang membina tentang barangan dan perkhidmatan secara sopan.

ii. Mengulangi, menyemak, menukar, mengesahkan dan membatalkan pesanan tanpa menyinggung pihak lain.

Aras 3

i. Memberikan syor kepada pihak yang menawarkan barangan dan perkhidmatan untuk tujuan peningkatan mutu barangan dan perkhidmatan.

7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yangdidengar, dibaca, dan ditonton

7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca, dan ditonton.

7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan konteks.

7.3 Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

7.4 Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai bahan bercetak dan bahan elektronik.

7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan.

7.6 Membezakan fakta dengan pandangan dalam bahan yang dirujuk.

7.7 Memahami laras bahasa bagi pelbagai bahan untuk memperoleh maklumat.

Aras 1i. Mengenal pasti dan mengutarakan gambaran umum dan isi-isi penting daripada pelbagai bahan.

ii. Memberikan makna kata dan rangkai kata yang sukar difahami termasuk sinonim, antonim dan homonim berdasarkan konteks.

iii. Mengajukan soalan bertumpu dan bercapah untuk mendapatkan penerangan.

iv. Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk mengenal pasti maklumat.

v. Menyatakan maksud tersirat berdasarkan isi tersurat.

Aras 2

i. Meneliti dan mengutarakan fakta dan pendapat dalam bahan dengan memberikan alasan yang sesuai.

Aras 3

i. Mengenal pasti penggunaan diksi dan ayat dalam bahan pelbagai laras.

8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu8.1 Menyaring maklumat mengikut klasifikasi.

8.2 Menyusun maklumat mengikut keutamaan

8.3 Membuat pertimbangan secara teliti terhadap maklumat yang telah disusun.

8.4 Mengolah maklumat secara koheren untuk tujuan tertentu.

8.5 Mentafsirkan maklumat yang telah dipilih secara rasional untuk membuat inferens.

8.6 Menyemak semula maklumat dan memutuskan sama ada hendak menerima, menambah, atau menolak pilihan.

8.7 Menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat dengan memberikan alasan yang kukuh.

8.8 Membuat rumusan dengan alasan yang munasabah.

Aras 1i. Menentukan maklumat yang sesuai untuk sesuatu tugasan.

ii. Menyusun maklumat mengikut keperluan.

iii. Menentukan isi yang penting dan kurang penting dalam maklumat yang diperoleh.

iv. Mengubahsuaikan maklumat untuk memperlihatkan kesinambungan idea.

v. Menjelaskan maklumat untuk membuat kesimpulan aw al.

Aras 2

i. Mengemaskinikan maklumat dengan memasukkan input terbaru.

ii. Meneliti semula maklumat dan membuat pindaan berdasarkan keperluan tertentu

Aras 3

i. Merumuskan maklumat dengan memberikan alasan yang dapat diterima.

9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu9.1 Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, peribahasa, dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif.

9.2 Menentukan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.

9.3 Menyediakan kerangka penyampaian dan bahan edaran untuk membuat pembentangan.

9.4 Menyediakan hujah dan alasan serta menyampaikan maklumat untuk sesuatu pembentangan.

Aras 1i. Memilih kata, frasa, rangkai kata, peribahasa dan pelbagai jenis ayat yang sesuai untuk menyampaikan maklumat.

ii. Mengenal pasti format penyampaian dialog, teks pengerusi majlis dan pidato secara lisan dan penulisan.

iii. Mendraf kerangka edaran penyampaian wawancara dan pidato dan kerangka bahan edaran yang sesuai.

iv. Memberikan pendapat dengan alasan yang sesuai untuk membuat pembentangan.

Aras 2

i. Mendraf kerangka penyampaian ceramah dan ucapan dan bahan edaran yang sesuai.

ii. Mengemukakan pendapat dengan alasan yang sesuai untuk membuat persembahan.

Aras 3

i. Mendraf kerangka penyampaian diskusi dan wawancara dan bahan edaran yang sesuai.

ii. Mengemukakan pendapat dengan alasan yang kukuh untuk membuat pembentangan yang meyakinkan berdasarkan tinjauan dan pemerhatian.

10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera 10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan.

10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

10.3 Menyatakan bentuk dan nada puisi.

10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai, dan pengajaran.

10.5 Menghuraikan maksud, gaya bahasa dan unsur bunyi dalam puisi.

10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan.

Aras 1i. Menyatakan makna kata dan ungkapan berdasarkan konteks untuk memahami maksud tersurat dan tersirat.

ii. Mengesan urutan peristiwa untuk menggambarkan keseluruhan cerita.

iii. Menjelaskan aspek yang menarik dalam karya prosa dan puisi.

iv. Menghuraikan ciri, bentuk dan nada pantun empat kerat, syair dan sajak.

v. Mengemukakan jenis, ciri-ciri tema dan persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran karya puisi dan prosa.

vi. Mengemukakan maksud puisi.

vii. Menjelaskan penggunaan inversi, metafora, simile, dan personifikasi dalam karya.

Aras 2

i. Membincangkan tema, persoalan, nilai dan pengajaran dalam karya.

ii. Mengenal pasti penggunaan sinkof, dan perulangan, anafora dan epifora.

iii. Menghuraikan w atak dan perwatakan dan latar masyarakat.

Aras 3

i. Mengenal pasti keindahan unsur bunyi dalam puisi.

ii. Mengenal pasti binaan plot dan penggunaan imbas kembali dalam teks.

11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam penulisan kreatif dan bukan kreatif11.1 Mengenal pasti gaya bahasa dalam karya bukan sastera serta menggunakannya dalam penulisan bukan kreatif.

11.2 Menganalisis gaya bahasa, dan unsur bunyi dalam karya sastera serta menggunakannya dalam penulisan kreatif.

11.3 Membandingkan penggunaan laras bahasa dalam pelbagai genre

Aras 1i. Mengesan diksi dan pelbagai ragam ayat dalam karya bukan sastera.

ii. Meneliti dan menjelaskan aspek gaya bahasa dan unsur bunyi dalam karya sastera.

Aras 2

i. Mengenal pasti dan menghuraikan penggunaan diksi dan struktur ayat dalam laras sejarah dan sains.

Aras 3

i. Menjelaskan penggunaan diksi bagi teks laras agama, moral, dan teknologi maklumat.

12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif12.1 Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib, dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik.

12.2 Mengemukakan isi yang bernas dan membina kerangka penulisan.

12.3 Membina ayat topik dan ayat huraian untuk membina perenggan yang kohesif.

12.4 Menyusun isi dan menggunakan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang koheren.

12.5 Membina baris puisi dengan kemas dan indah.

12.6 Mengedit dan memurnikan sesuatu karya yang telah dihasilkan.

Aras 1i. Mengenal pasti dan memahami kata kunci yang terdapat dalam tajuk penulisan yang diberikan.

ii. Memahami maksud kata, rangkai kata dan menggunakannya dalam konteks penulisan.

iii. Menentukan isi-isi penting yang relevan dengan tajuk penulisan.

iv. Membina ayat dalam perenggan untuk menghasilkan surat kiriman tak rasmi/surat kiriman rasmi, dialog dan karangan.

v. Menyusun isi dan menggunakan penanda wacana yang tepat yang dapat memperlihatkan perkaitan antara isi.

vi. Menentukan idea yang ingin digarap dalam puisi mudah (pantun, syair dan puisi) berdasarkan tema dan topik tertentu.

vii. Mengenal pasti kesilapan ejaan, dan tanda baca dalam penulisan.

Aras 2

i. Mengolah ayat berdasarkan isi penting untuk menghasilkan perenggan dialog dan cerita yang koheren.

ii. Menggunakan kata-kata yang puitis dalam baris pantun syair dan sajak.

iii. Membuat pengubahsuaian idea dan organisasi karangan untuk membina perenggan yang seimbang.

About these ads

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: