Langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baharu di negara kita, malahan sejak sekian lama kadar kemalangan di jalan raya yang berlaku di negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia.  Kemalangan tersebut telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa, terutamanya kemalangan yang melibatkan penunggang motorsikal dan kemalangan bas. Oleh sebab itu, kerajaan telah melakukan langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini. Contohnya, semasa musim perayaan Hari Raya baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan operasi yang dikenali dengan ‘Ops Selamat’

Antara langkah yang patut dilakukan ialah undang-undang keselamatan jalan di jalan raya perlu diperketat supaya kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Syarat lulus bagi ujian kelas memandu juga haruslah diperketat. Selain itu, para pemandu diwajibkan menduduki peperiksaan setiap dua tahun untuk menyegarkan ingatan dan membiasakan mereka dengan kemahiran yang diajarkan dalam kelas memandu dahulu. Keadaan kenderaan seperti tidak berlampu dan sistem brek yang rosak merupakan antara  penyebab utama kemalangan di jalan raya. Oleh itu, para pemandu perlu sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik sebelum digunakan, khususnya untuk perjalanan yang jauh. Sehubungan dengan hal itu, pihak kerajaan haruslah mewajibkan pemilik  kenderaan menghantar kenderaan ke Puspakom untuk diperiksa setiap tahun dan mengenakan denda terhadap mereka yang mengingkarinya.

Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku sejak belakangan ini adalah berpunca daripada sikap pemandu yang suka memandu  melebihi had laju yang ditetapkan. Dalam hal ini, had laju yang sedia ada wajar dikurangkan, khususnya di kawasan lebuh raya, walaupun sesetengah pemandu sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi apabila suatu peraturan itu telah ditetapkan, mereka harus mematuhinya.

Denda juga harus dikenakan terhadap pengguna yang memandu melebihi had yang ditetapkan. Jika seseorang pemandu itu didapati melakukan kesalahan yang sama lebih daripada dua kali, maka lesen memandu mereka perlu digantung. Tindakan ini sudah pasti akan dapat membuka mata pengguna-pengguna lain. Sikap tidak mengambil peduli akan keselamatan diri dan juga keselamatan pengguna yang lain semasa di jalan raya dalam kalangan pengguna selama ini pasti akan terhakis apabila amaran menggantung lesen memandu mereka dikeluarkan.

Pengguna juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya oleh pihak tertentu, bak kata pepatah,’ janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah’ kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah pun menjadi bubur.

Bahagian A (ii): Pemahaman

  1. Berikan maksud rangkai kata sikap tidak mengambil peduli dalam petikan. [2 markah]
  2. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara kita ? [4 markah]
  3. Jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia semakin bertambah setiap kali musim perayaan. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]
About these ads

33 gerakbalas-gerakbalas

  1. ada x karangan pembangkang tenteng soalan neyh?

  2. entah…….sye x tau……………….

  3. karangan…memang hebat=)

  4. bagus…….karangan dengan isi-isi yang unik…..now,don’t worry be happy for exam….thankz…

  5. not bad…

  6. bagus jugak……

  7. ok la…cikgu sayer pon suruh rujuk di halaman ini…tapi bagi sayer ini lah yang terbaik..

  8. superb….

  9. terbaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaik:)

  10. punca-punca dan kesan-kesan mengatasi masalah ketagihan telefon bimbit dalam kalangan pelajr

  11. sila bagi jawapan secepat mungkin ,terima kasih~~~~~~~~~~~~

    1. Langkah-langkah Mengurangkan Kadar Kemalangan di Malaysia

      Dasawarsa ini, isu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing sering menjadi fokus perbincangan dan mauduk utama akhbar-akhbar tempatan di Malaysia. Keadaan ini semakin merunsingkan apabila banyak kejadian yang melibatkan kemalangan jiwa berlaku. Justeru, sebelum, nasi sudah menjadi bubur, langkah-langkah pragmatik perlu diimplimentasikan bagi mengatasi masalah ini.

      Pertama, penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dengan lebih tegus dan tegas. Peraturan-peraturan jalan raya seharusnyan dikaji semula dan ditambah baik bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara. Penguatkuasaan undang-undang seperti larangan perjalanan bas ekspres pada waktu malam seharusnya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, bukannya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Aman, kes kemalangan melibatkan bas ekspres menurun dengan rancaknya sebanyak 15.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008 selepas undang-undang tersebut dilaksanakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya penguatkuasaan undang-undang, kadar kemalangan dapat diminimumkan.

      Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memastikan pengurusan kenderaan awam cekap dan efisien. Kelancaran sesebuah perjalanan itu amat bergantung kepada kecekapan pemandu dan kondisi kenderaan tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak pemaju perlu menyediakan perkhidmatan secara berkala dan menjalankan pemeriksaan secara konsisten bagi menjamin kualiti pengurusan sesebuah syarikat kenderaan itu. Proses pemilihan pemandu juga perlu diteliti semula agar hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diterima bekerja. Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, satu system pemilihan pemandu bas ekspres yang standard akan dilaksanakan mulai penggal kedua tahun 2009. Maka jelaslah, pengurusan syarikat kenderaan awam yang mantap amat vital bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya.

      Di samping itu, kerajaan boleh melaksanakan kempen-kempen bagi menerapkan kesedaran kepada seluruh warga Malaysia. Modus operandi utama kempen ini dijalankan adalah untuk menimbulkan nilai moral dan sivik serta menyuntik etika dalam kelangan rakyat. Prakarsa ini dapat dijalankan dalam semua peringkat meliputi sekoalh, negeri, mahupun di peringkat kebangsaan. Pendedahan awal kepada kanak-kanak misalnya amatlah wajar kerana pada ketika inilah mereka mudah dibentuk mengikut acuan yang sebenar, bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Maka tidak hairanlah apabila Kementerian Pelajaran sendiri berganding bahu dengan Kementerian Pengangkutan melaksanakan program “Keselamatan Lalu Lintas dan Jalan Raya” yang dianjurkan saban tahun. Justeru, sudah terang lagi bersuluh, kempen-kempen tersebut berupaya untuk menurunkan kadar kemalangan.

      Akhirulkalam, isu kemalangan jalan raya ini perlu dipandang serius oleh pucuk pimpinan negara khususnya. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah ini secara total. Ingatlah, “pandu cermat, jiwa selamat!”

      1. it was very motivating and oso the most awesum essy i have read so far :) ;)

  12. dalam minggu ini ya !!!!!!

  13. Renie Cheong | Balas

    Hi, any answer posted here for reference?

  14. adriana batrisya | Balas

    sya ska karangan ini…..now!! i can do it….!!!

  15. but i cannot do becouse it dan have rangka karangan

  16. cikgu saya suroh baca karangan ni.. takot masuk dalam upsr..

  17. karangan ni memang lengkap dgan ape yang saya cari . so , good job !

  18. karangan yg menakjubkan!!

  19. cara-cara mengatasi kemalangan di jalan raya dalam kalangang penunggang motosikal x de ekk??
    sye amat2… memerlukan karangan itu…

    1. saya pun

  20. bleh bgi pegenalan psal kempen keselamatan jlan raya x???

    1. ya i noe right,it iz so cool

  21. bagos gk

  22. Azwin Aina Safina Bt Razali | Balas

    memangbagus..tapi nak tau apa respon masyarakat tentang usaha-usaha mengurangkan kemalangan di jalan raya???

  23. thiviyaa@thiya | Balas

    saya dah siap kerja sekolah……………………………

  24. Terima kasih cikgu….
    yahoo!saya boleh buat pbs bm saya dgn baik………..

  25. thanks…. ini karangan terbaik

    1. nk karangan syarahan

  26. nk syarahan punya..

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: