Petua mudah menulis Karangan Berpandu 1

Contoh soalan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan (KBR)

Berdasarkan gambar di bawah.  Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai makan buah-buahan tempatan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Seperti contoh di atas soalan KBR meminta pelajar menghuraikan pendapat tentang sesuatu perkara dan sejak beberapa tahun belakangan ini soalan KBR yang berbentuk gambar tunggal amat jarang ditanya, sebaliknya lebih banyak soalan yang peta minda yang bermaklumat.  Oleh itu, tidak ada sebab  karangan pelajar boleh terpesong daripada kehendak soalan. Selain menanya tentang langkah-langkah…… seperti soalan contoh di atas, soalan KBR juga biasanya menanyakan tentang;

  • punca-punca (sesuatu keadaan/masalah)
  • cara-cara (mengatasi masalah)
  • sebab-sebab (sesuatu itu berlaku)
  • kesan-kesan
  • kebaikan-kebaikan
  • faedah-faedah
  • kepentingan-kepentingan
  • cabaran-cabaran
  • masalah-masalah dan lain-lain seumpamanya.

Petua mudah untuk menulis KBR ini ialah

  • Pendahuluan/ pengenalan:

Penanda wacana + Tema (ayat tajuk atau memperkenalkan tajuk secara ringkas dan tulis +  Persoalannya …(KS=Kehendak soalan)…..?

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis buah tempatan yang bukan sahaja sedap dimakan, bahkan juga kaya dengan zat dan vitamin. Persoalannya apakah langkah-langkah untuk menggalakkan supaya orang ramai gemar makan buah-buahan tempatan?

  • Untuk isi- huraikan 3 sahaja; Mulakan ayat isi dengan antara sebab / punca-punca/ langkah-langkah/ kesan-kesan atau antara cara (kalau menggunakan perkataan antara, jangan diikuti dengan kata ganda, kerana antara sudah menunjukkan jamak).  Lihat cara penulisan KBR di bawah:

Perenggan 2

Antara …………………….(KS=Kehendak soalan) …… ialah ………………+ …………………..(isi 1)………………………………………………………………………… Saya berpendapat demikian kerana……………..atau Hal ini penting supaya………………………………………………………………………Contohnya, …………………………………………………………………

Selain itu, ………………………………………(isi 2)……………………………………………………………………………. Saya berpendapat demikian kerana………….atau….Tindakan tersebut penting supaya……………………………………………………. Tamsilnya…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Di samping itu/ Akhir sekali…………………………………………………..(isi 3)……………………………………….. Saya berkata demikian kerana…………………… atau ………Langkah/cara tersebut patut dilakukan supaya……………………………………….

Intihanya/Secara tuntas, …………..orang ramai akan gemar makan buah-buahan tempatan..jika …………………………………………………………………, bak kata orang tak kenal, maka tak cinta ………………………….. (masukkan peribahasa/ungkapan menarik/slogan)

Berdasarkan pengalaman mengajar, cara di atas amat berkesan terutamanya bagi pelajar yang lemah.  Biasanya kalau soalan berkisar tentang langkah-langkah dan  cara-cara, penanda untuk menghuraikannya ialah……supaya.  Kalau soalan berkisar tengan sebab-sebab dan kesan-kesan penanda untuk menghuraikannya ialah kerana.

About these ads

16 responses

  1. Teruskan usaha dalam mendidik anak bangsa.

  2. C’gu,minta jasa baik c’gu untuk hantarkan cara menulis KBR ini ke email saya.
    T.K

  3. TULIS LAH JAWAPAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  4. ”terima kasih” A LOT!!! it helps me a lot! thousands of ”thank you”sssss…..!!

  5. Terima kasih..ini amat membantu

  6. syahira syuhada | Balas

    petua amat berguna… trime kasih….

  7. ok saye akn cube esk ye esm exam bm doakn saya dpt a ye amin

    1. Marsha Saras | Balas

      amin…insyaallah saye akan doakan awk …..!! :”)

  8. Marsha Saras | Balas

    cikgu…saye x faham lah cikgu..x de ke contoh karangan berpandu dkat sini….saye nak tengok contoh karangan berpandu…..lusa saye dah exam…!! :’D

  9. terima kasih cikgu, saye harap dapat keputusan yg baik dari ckgu.(form 4 ,2012)

  10. noraza bt azit @ aziz | Balas

    maaf nak komen kesalahan bahasa
    kata pemeri ialah + kata nama
    kata pemeri adalah + kata sendi atau kata adjektif
    dalam bahagian akhir karangan di atas terdapat kesalahan penggunaan kata pemeri: ialah + kerana ( salah ). Kerana merupakan kata sendi. sepatutnya, adalah kerana..

    1. “Kerana” ialah kata hubung yang mencantumkan dua ayat. Misalnya ayat “Dia tidak datang kerana ibunya sakit.” Dalam ayat ini, “kerana” menghubungkan ayat induk (Dia tidak datang) dengan ayat kecil keterangan (ibunya sakit). Dalam ayat ini, “kerana” ialah kata hubung ke-terangan.
      Ayat yang bermula dengan “Ini kerana …”, seperti dalam ayat: “Ini kerana ibunya sakit”, adalah tidak tepat, disebabkan perkataan “kerana” tidak boleh berfungsi sebagai predikat kepada subjek “ini”. Maka binaan ayat ini patut diubah supaya “kerana” benar-benar berfungsi sebagai kata hubung. Contohnya: “Hal ini demikian kerana ibu-nya sakit”. Dalam ayat ini, ayat induk ialah “Hal ini demikian”, dan “kerana” yang mengikutinya kini berfungsi sebagai kata hubung.
      Soal binaan ayat begini memang mengelirukan kerana banyak orang kurang faham tentang golongan kata sesuatu perkataan, lantas berlaku kesalahan dalam menggunakan perkataan tersebut. Dalam contoh di atas, “kerana” yang tergolong sebagai kata hubung telah digunakan sebagai predikat ayat. Hal ini berlaku kerana pengaruh binaan bahasa Inggeris.
      Satu lagi persoalan yang berkait dengan perkataan “kera-na” ialah dalam konteks penggunaan “oleh kerana”. “Oleh kera-na” kerap digunakan bertukar ganti dengan “oleh sebab” yang berfungsi sebagai frasa sendi nama.
      Dalam binaan frasa sendi nama, frasa yang bermula de-ngan kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama. Kata sendi nama dalam frasa “oleh kerana” dan “oleh sebab”, ialah “oleh”. Yang menjadi persoalan ialah, apakah golongan kata “kerana” dan “sebab”?
      “Kerana” dan “sebab” tergolong sebagai kata hubung. Ayat “Dia tidak datang kerana ibu-nya sakit”, misalnya, boleh juga menjadi “Dia tidak datang sebab ibunya sakit”. Ini membuktikan bahawa kedua-dua perkataan “kerana” dan “sebab” ialah kata hubung

  11. terima kasih..sgt membantu…

  12. terima kasih..mohon izin untuk di copy…. ^_^

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: