Punca-punca penyakit sosial dalam kalangan remaja

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca  penyakit sosial dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Mengapa disebut gejala penyakit sosial?

Gejala bermaksud tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat, petanda :Ayat contoh” Gejala keburukan akhlak kanak-kanak sudah mulai nampak; Gejala juga bermaksud alamat (petanda) penyakit: Contohnya gejala demam denggi.  Bukannya gejala denggi.  Contoh-contoh lain; gejala menghidu gam, bukannya gejala gam.

Gejala penyakit sosial dalam kalangan remaja bukan suatu yang luar biasa bagi masyarakat hari ini. Malah, gejala penyakit sosial ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Persoalannya apakah  faktor yang mendorong gejala ini ini terus berleluasa?

Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh ibu bapa mereka, khususnya ibu bapa yang bekerja di bandar. Keadaan ini berlaku kerana, ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak. Setelah keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.

Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang.

Segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, contohnya penceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi memilih jalan mudah dengan keluar dari rumah untuk mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan remaja yang berkelakuan tidak bermoral.

Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya patut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional.

Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga mesti dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan sejak kecil lagi. Tindakan ini dianggap perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik.

Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah dididik dan dijaga dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara suatu hari nanti.

Bahagian A (ii) Pemahaman

  1. Beri maksud   memilih jalan mudah dalam petikan. [2 markah]
  2. Apakah langkah- langkah yang perlu dilakukan untuk membendung gejala penyakit sosial dalam kalangan remaja? [4 markah]
  3. Golongan remaja juga patut mempunyai tanggung jawab sendiri untuk menghindarkan diri daripada terlibat dengan  gejala-gejala penyakit sosial ini.  Pada pendapat anda bagaimanakah remaja dapat menghindari gejala-gejala sosial ini? [4markah]
About these ads

18 responses

  1. AHAD INI : Lepas Subuh Di MAsjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa Wacana Ilmu Bersama al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki :

    http://melayucyber.blogspot.com/2011/01/wacana-ilmu-bersama-al-fadhil-syeikh.html

  2. amat sukar, tidak semestinya mendidik anak dengan agama, sudah cukup untuk menghalang perkara kemungkaran, kalau dalam masyarakat kita tidak bersama. Sehebat mana pun kita,kita mesti dan perlu dalam masyarakat, bersama dengan sesiapa saja. Tidak kira bangsa.

  3. MEngapa tak ada jawapan?? Susah Nak Jawab!!!!

    1. JAWAPAN

      Antara punca gejala sosial dalam kalangan remaja adalah kerana para remaja kurang diberi perhatian oleh ibu bapa mereka, Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif ini akibat bergaul dengan kumpulan yang salah. Seterusnya Segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, Di samping itu, para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi memilih jalan mudah dengan keluar dari rumah untuk mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan remaja yang berkelakuan tidak bermoral.

      Bahagian A (ii) Pemahaman

      1. Beri maksud memilih jalan mudah dalam petikan. [2 markah]

      Maksud memilih jalan mudah ialah mengambil cara senang

      2. Apakah langkah- langkah yang perlu dilakukan untuk membendung gejala sosial dalam kalangan remaja? [4 markah]

      Langlah-langkah yang perlu dilakukan untuk membendung gejala ini ialah, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya patut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional. Selain itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum juga mesti dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan sejak kecil lagi. Tindakan ini dianggap perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik.

      3. Golongan remaja juga patut mempunyai tanggung jawab sendiri untuk menghindarkan diri daripada terlibat dengan gejala-gejala sosial ini. Pada pendapat anda bagaimanakah remaja dapat menghindari gejala-gejala sosial ini? [4markah]

      Pada pendapat saya, remaja dapat menghindari gejala ini dengan menjauhkan diri daripada kumpulan remaja yang tidak bermoral. Selain itu, mereka juga patut memikirkan masa depan sendiri dan sedar akan kesan yang ditanggung sekiranya mereka terjebak dalam gejala sosial

  4. bagus benar isi isi ni bleh amik tk ?

    1. syafie (pieyah) | Balas

      amik jelah…………… amik yang bermana faat tingalkan yg sebalik nye…………

  5. salam
    info tambahan
    memang kalau kita ikut piramid makanan dan amalkan makanan yang seimbang kita tidak perlu ambil makanan tambahan. tapi dalam masa setahun dua ini saya saya ada terbaca tentang radikal bebas. radikal bebas ialah suatu atom relatif yang tidak stabil yang elektronnya tidak berpasangan (1 atau lebih) di bahagian luar orbitnya. okay ini memerlukan penerangan yang lebar, tapi saya ringkaskan =)
    radikal bebas boleh menyebabkan penyakit seperti sakit jantung, diabetes, strok, barah, darah tinggi dan sebagainya dan hampir kesemua penyakit yang tersenarai disebabkan radikal bebas (kajian saintis baru-baru ini kalau tak percaya boleh google heee). okay apa yang menyebabkan radikal bebas terjadi. faktor terjadi radikal bebas contoh, asap rokok, uv ray, pencemaran udara, pemakanan yang mempunyai pengawet kimia, dan sebagainya. maksudnya kita tidak dapat elak radikal bebas in fact setelah dikaji badan kita diserang lebih daripada 40,000 jenis radikal bebas setiap hari!! dan inilah antara faktor mengapa banyak pesakit barah etc. yang umurnya makin menurun sedangkan pada setengah abad yang lalu ia hanya dihidap oleh orang pertengahan umur kerana sitem imune mereka yang makin lemah dan faktor usia/keturunan. dan bagi saya pengambilan supplement tidak perlu jika kita tidak diserang radikal bebas tetapi sebaliknya. dan banyak pakar kesihatan menyarankan kita mengambil produk anti oksida yang mempunya ORAC score yang tinggi. saya ada buat sikit review pasal ORAC score sbb saya kena buat thesis untuk subjek ini. klik url ni http://bit.ly/rNPvlg untuk lebih info, nnt panjang2 marah pula owner blog :P

  6. cikgu tak de ke karangan ringkasa membuli

  7. boleh tanya?apakah faktor rakan sebaya penyebab meningkatnya gejala sosial di kalangan remaja?

  8. punca punca remaja kurang membaca ade tidak ?

    1. Punca-punca masyarakat Malaysia kini kurang minat membaca karya sastera dan mencadangkan cara untuk mengatasinya.
      Dalam era globalisasi ini, masyarakat Malaysia kini kurang minat dalam pembacaan karya sastera. Remaja-remaja hanya bermain permainan komputer, membaca komik, majalah, menonton rancangan televisyen dan sebagainya. Kejadian ini telah menyebabkan minat pembaca yang membaca karya sastera semakin kurang.
      Karya sastera adalah bahan bacaan yang bermanfaat dan tidak mencemarkan fikiran remaja-remaja. Permainan komputer, rancangan televisyen dan bahan majalah yang tidak baik akan mencemarkan fikiran remaja serta akan berkemungkinan terlibat dalam kegiatan yang negatif dan gejala sosial seperti vandalisme.
      Jadi, apakah yang masyarakat harus bercadang untuk meningkatkan minat membaca karya sastera? Pihak kerajaan haruslah sentiasa mengadakan kempen tentang kebaikan membaca karya sastera dan mengadakan pameran dengan mempamerkan karya-karya sastera. Dengan ini, pembaca-pembaca dapat mengetahui tentang karya-karya sastera dan akan lebih memahami tentang karya-karya sastera.
      Selain itu, pihak tertentu juga boleh sentiasa mengadakan pertandingan membaca karya sastera, pertandingan perundingan pendapat karya sastera dan sebagainya. Pembaca-pembaca bukan sahaja dapat memahami karya sastera dengan lebih banyak, bahkan juga boleh mengenali kawan yang baru dan juga dapat memenangi hadiah dengan melalui pertandingan.
      Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga boleh mengadakan mingguan pembacaan karya sastera, projek pembacaan karya sastera dan sebagainya. Murid-murid akan menambahkan ilmu pengetahuan setelah membaca karya sastera. Perpustakaan di sekolah juga harus membeli lebih banyak karya sastera untuk murid-murid membaca. Program nilam tentang karya sastera juga boleh diadakan untuk meningkatkan minat murid-murid dalam pembacaan karya sastera.
      Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan anak-anak membaca karya sastera. Pembacaan karya sastera harus dipupukkan oleh anak-anak sejak kecil lagi. Ada pepatah ” melentur buluh biarlah daripada rebungnya “. Jadi, amalan membaca karya sastera haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Ibu bapa juga harus memberitahu kepada anak-anak tentang kebaikan membaca karya sastera supaya mereka akan memilih buku yang bermanfaat dan membawa kebaikan serta menambah ilmu pengetahuan mereka.
      Di samping itu, masyarakat juga harus mengamalkan amalan membaca karya sastera agar menjadi teladan yang baik bagi remaja-remaja. Dengan melalui pembacaan karya sastera, remaja-remaja akan menambahkan ilmu pengetahuan serta dapat berfikir dengan jelas dan matang dengan membaca karya sastera kerana boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan yang positif. Dengan ini, remaja-remaja dapat mengelakkan dalam penglibatan aktiviti negatif dan gejala sosial. Hal ini demikian juga akan meringankan beban ibu bapa dan masyarakat dan akan menjadi orang yang berguna serta berbakti kepada negara.
      Akhir kata, pembacaan karya sastera dapat mendatangkan banyak manfaat. Oleh itu, masyarakat haruslah bekerjasama untuk meningkatkan minat pembaca untuk membaca karya sastera dan bukan ” bagai melepaskan batok di tangga “.

      Sebab-sebab rakyat kurang membaca.
      • Mereka sibuk dengan urusan pekerjaan.
      • Mereka mempunyai minat atau kecenderungan lain / gemar akan hiburan, dsb.
      • Mereka sememangnya tidak minat membaca.
      • Mereka tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti berfikir/ mencabar minda.
      • Kekurangan bahan bacaan yang bermutu.
      • Harga bahan bacaan di pasaran mahal.

  9. pelajarmuslimah98 | Balas

    apakah antara contoh-contoh gejala sosial..?

    1. segala masalah sosial yang berlaku

  10. kenapa penganggur semakin bertambah ada tak?

  11. punca punca kalangan remaja

  12. punca punca ancaman makanan segera

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: