Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan (KBR)

Bahasa Malaysia Kertas 2 PMR

Soalan B: (soalan ini bertujuan untuk menguji kebolehan pelajar mengutarakan beberapa hujah (biasanya 3) dengan ayat yang ringkas, tepat dan padat dengan jumlah perkataan dan tempoh masa yang terhad yang terhad (25 mimit).

Soalan contoh:

Lihat peta minda di bawah dengan teliti.  Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah.  Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

  • Berdasarkan arahan soalan tersebut, pelajar dikehendaki menulis tentang sebab-sebab pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah (mengapa tindakan tersebut patut dilakukan).
  • Karangan ini mesti mengandungi pengenalan, sekurang-kurangnya tiga isi, dan kesimpulan/penutup. Jika karangan tanpa pengenalan dan kesimpulan, pelajar hanya layak diberi markah Cemerlang bawah, iaitu 16/20.
  • Masa yang dicadangkan hanyalah 25 minit. Oleh itu, jangan menulis karangan melebihi 120 pp.
  • Markah hanyalah 20 sahaja.  Oleh itu jangan  mengambil masa yang terlalu lama untuk menulis karangan ini.

Uktuk memperoleh markah yang baik bagi karangan ini:

a.  Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas.

b.  Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema.

c.  Perenggan mesti kemas dan sesuai. Seelok-eloknya satu isi satu perenggan.

d.  Dalam satu perenggan, sebaik-baiknya hanya ayat isi dengan huraian ATAU ayat isi beserta contoh.

Contohnya:

A: Ayat isi dengan huraian:

Antara sebab pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah ialah kerana penggunaan telefon bimbit boleh   menambahkan lagi masalah disiplin dalam kalangan pelajar.  Hal ini dikatakan demikian kerana guru-guru terpaksa   menyelesaikan masalah disiplin yang banyak, termasuk yang berpunca daripada penggunaan telefon bimbit.

B: Ayat isi dengan contoh:

Antara kewajaran larangan membawa telefon bimbit ke sekolah terhadap pelajar adalah kerana hal tersebut menambahkan lagi masalah disiplin dalam kalangan pelajar.  Contohnya, masalah mencuri telefon bimbit yang mungkin boleh mengakibatkan pergaduhan antara pelajar serta merakam, menonton dan menyebarkan video yang tidak senonoh.

e.  Setiap perenggan mesti ada kesinambungan dengan isi yang sebelumnya.f.   Susunan ayat mesti lengkap, tidak tergantung supaya mudah difahami.

g.  Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.

h.  Selitkan  peribahasa, cogan kata atau  ungkapan yang menarik.

i.   Gunakan penanda wacana yang sesuai, seperti selain itu, di samping itu, satu lagi, dan bukan itu sahaja.

j.   Isi mesti diolah dengan baik dan tersusun serta tidak mengulangi isi yang sama dalam perengan yang berlainan.

Tip tambahan:

Untuk mengelakkan jumlah karangan melebihi 120 patah perkataan pelajar boleh menggunakan formula 15, 30, 30, 30, 15.  iaitu,  untuk pengenalan isi 1, 2 dan 3 serta penutup = 120 patah perkataan.

About these ads

22 responses

  1. Terima Kasih !!

    1. sama sama:]

  2. Terima kasih ! ! !

    1. same same:)

  3. ermm…
    terima kasih..

    1. sama same

  4. SAME SAME U ALLZZZZZ:D

  5. nak tanya, adakah karangan ransangan boleh ditulis dalam 3 perenggan?atau sebaik-baiknya lima perenggan?

    1. Sebaik-baiknya lima perenggan; pengenalan, tiga perenggan isi dan perenggan kesimpulan. Walau bagaimana pun kebanyakan buku rujukan tidak menekankan perkara tersebut. Pada pandangan saya, sepatutnya begitu supaya karangan jelas dan teratur.

  6. macam mana kita boleh tulis 5 perenggan dalam karangan bahan ransangan ? Cikgu saya meangata karangan bahan ransangan boleh @ pun tetap 3 peranggan sahaja? :(

    1. Terpulang kepada cara masing-masing.

  7. Cikgu ! Saya nak tanya .. bleyh x cikgu bgi tau format die … 1 by 1 .. sye nie cpt lupe :( ..

    1. Buat dalam 5 perengan
      Pengenalan 2 ayat @ 15 patah perkataan
      Isi 1, 2 dan 3= 2 ayat, 1 isi dalam satu perenggan. 1 perenggan kira-kira 30 patah perkataan
      Kesimpulan 2 ayat @ 15 patah perkataan

      Gunakan cara berikut:

      Sejak akhir-akhir ini isu + tema (soalan) + semakin hangat dibincangkan dalam kalangan masyarakat + Persolannya apakah/bagaimanakah + kehendak soalan?

      Antara + kehendak soalan + ialah + isi 1 + ayat huraian @ ayat contoh.

      Selain itu, + kehendak soalan + isi 2 + ayat huraian @ ayat contoh

      Di samping itu, + kehendak soalan + isi 2 + ayat contoh

      Akhir sekali, + isi 3 + ayat huraian @ auay contoh

      Intihanya, …..+ kehendak soalan + ayat pendirian @ penegasan tentang soalan. + peribahasa @ ungkapan menarik yang berkenaan.

      Antara

      1. Cikgu , yng perenggan pertama tu ayat terakhir , kite kene ckp Persoalannya apakah/bagaimanakah ? Cikgu bgi contoh la xD arini sye nk periksa !!!!!!!!!! OMG !

  8. Maksud saye , contoh perangan yng kedua .. bgi tau format pe yng cikgu tau dkt sye .. Pasal Alam sekitar ..

  9. ISI punye format..

    1. hohohohoohh begitulah wakaakaa

      1. wakakaka for ? ==?

  10. same same

  11. terima kasih.. harap ilmu ni berkesan kalo saya guna ntuk exam minggu depan.. :-)

  12. hi sir.saya tidak tahu macam mana nak buat karangan langkah -langkah menangani masalah dasar sungai semakin cetek.boleh x tolong saya sir?
    plssss!!!
    thank u

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: