Usaha-usaha untuk mengekalkan hutan

Set Induksi

Mengapa orang menebang kayu balak?

Antara jawapan pelajar ialah:

  1. Untuk membuat perabot
  2. Untuk mendapat duit
  3. Untuk membuat rumah….

Jawapan di atas semuanya salah.

Jawapan yang betul ialah: Sebab kayu balak besar…jadi tidak boleh dicabut…maka terpaksalah ditebang…

Lihat gambar di bawah dengan teliti.  Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hutan di negara kita.  Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Senarai isi:

  • Penguatkuasaan undang-undang antipembalakan haram dengan tegas.
  • Kempen kesedaran tentang kepentingan hutan secara berterusan.
  • Mewartakan lebih banyak kawasan hutan sebagai taman negara.
  • Menggalakkan penanaman semula hutan.

Draf jawapan

Kita sungguh beruntung kerana negara kita mempunyai kawasan hutan yang luas. Namun begitu, keluasan kawasan hutan di Malaysia semakin berkurangan kerana aktiviti pembalakan yang berleluasa. Oleh itu pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan beberapa usaha untuk mengekalkan hutan ini.

Antara usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hutan tersebut ialah ………………………….isi 1…………………………………………….. Antara tindakan tegas tersebut termasuklah………………………………………………………………………………………………………………………………………….  Selain itu, pihak yang bertanggungjawab juga perlu mengadakan ……………………………………isi 2…………………………………………………………………. . Tindakan ini penting agar……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. .

Di samping itu, pihak kerajaan juga perlu …………………………………………isi 3………………………………………………………………………………………….. . Saya berpendapat demikian kerana …………………………………………………………………………………………………………………………………………………. .

Intihanya, hutan ………………………………………………………………………………………………………….. Oleh tu, ………………………………………………….., kerana sesungguhnya kita bukan mewariskan alam ini, tetapi meminjamnya daripada anak cucu kita.

Tip-tip penulisan KBR

  • Pendahuluan, memadai dengan 2 ayat sahaja
  • Pelajar diingatkan supaya menulis dalam lingkungan 4 perenggan sahaja untuk mengelakkan terlebih 120 patah perkataan
  • pilih 3 isi yang difahami dan boleh dihuraikan

2 thoughts on “Usaha-usaha untuk mengekalkan hutan

  1. sebenarnya bergantung pada penguatkuasa yang berkaitan dengan alam sekitar, itu aje, kalau penguatkuasa lemah sangat atau pilih arahan dari ketua, memang payah jadi macam tu. ketegasan amat perlu. Tindakan pantas dan cepat. Sebenarnya tidak ada masalah. Sebenarnya tidak boleh lebih kurang.

Tinggalkan sepatah dua kata