Kepelbagaian fungsi telefon bimbit

Bahagian A (i): Meringkaskan Karangan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang fungsi-fungsi telefon bimbit. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kini, telefon bimbit merupakan alat perhubungan atau komunikasi dan telah menjadi gaya hidup masyarakat masa kini. Memang tidak dapat dinafikan kepentingan memiliki telefon bimbit, Seseorang dapat dihubungi walaupun beribu-ribu batu jauhnya di pelosok dunia sekalipun. Selain itu kita dapat mengetahui berita-berita penting dan terkini lebih cepat.

Alat perhubungan ini yang satu ketika dahulu dianggap barangan mewah ,kini mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat dunia. Malahan, ada ibu bapa yang mampu menyediakan alat komunikasi ini kepada anak-anak mereka sejak di bangku sekolah rendah lagi bagi memudahkan perhubungan di antara anak-anak dan ibu bapa yang sentiasa mementingkan masa. Telefon bimbit dapat menyampaikan pesanan dengan pantas dan berkesan serta boleh menyimpan pelbagai maklumat.

Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa telefon bimbit lebih penting daripada komputer dan internet kerana telefon bimbit tidak memerlukan kuasa elektrik. Rupa bentuknya yang comel dan praktikal dengan dilengkapi kamera, video, SMS, GPRS, WAP dan yang terbarunya ialah 3G yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan teknologi terkini orang boleh melihat wajah orang yang dihubungi. Kini telefon boleh menghubungi talian Internet bagi mengetahui apa yang berlaku di luar negara. Banyak yang diperoleh apabila kita dapat menggunakan Internet.

Malahan, telefon bimbit dapat menyimpan dan memaklumkan akan jadual harian. Pendek kata, telefon bimbit dapat menyelesaikan masalah yang selama ini sukar untuk dibuat. Dalam dunia hari ini anda akan dianggap ketinggalan sekiranya tidak memiliki telefon bimbit. Namun, tidak dinafikan juga telefon bimbit menyebabkan berlakunya pembaziran apabila orang menyalahgunakan. Malahan ada sesetengah orang yang sanggup berhabis duit untuk membeli model terbaru. Bagi pelajar, ada yang sanggup mengikat perut asal sahaja talian tidak terputus. Hal ini ditambah lagi dengan pergaduhan di sekolah gara-gara sesetengah pelajar yang suka menunjuk-nunjuk bahawa mereka memiliki telefon baru yang canggih.

Bahagian A (ii): Pemahaman

  1. Berikan maksud rangkai kata gaya hidup masyarakat masa kini? [2 markah]
  2. Nyatakan empat kesan negatif penggunaan telefon bimbit? [4 markah]
  3. Pada pendapat anda, mengapakah pelajar dilarang membawa dan menggunakan telefon bimbit di sekolah? [4 markah]

 

 

About these ads

8 responses

  1. saya nak faktor2 penggunaan telefon bimbit dengan tujuan yang tidak berfaedah..
    ade x..??

    1. Penggunaan telefon bimbit yang tidak berfaedah dalam kalangan pelajar Sekolah
      1. Ada pelajar yang menyalahgunakan teknologi ini demi keseronokan dan kepuasan jiwa. Mereka gemar berbual dengan rakan sebaya sehingga lewat malam. Ini menyebabkan masa untuk mengulangkaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Apabila lewat tidur, tentulah masa tidur tidak mencukupi. Ini pasti menjejaskan prestasi mereka semasa di dalam kelas. Akibatnya, mereka tidak mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar.
      2. Lebih membimbangkan, penyalahgunaan telefon bimbit menjadi alat menyebarkan bahan lucah. Dengan kemampuan telefon bimbit menghantar dan menerima mesej SMS dan MMS, segelintir pelajar sanggup merakam dan memuat turun klip video, menyimpan dan mengedarkan foto lucah dan seumpamanya. Menurut statistik PDRM, jenayah rogol dan cabul meningkat akibat salah guna telefon bimbit. Lebih buruk lagi, remaja sekolah mudah terdorong dengan ‘cinta monyet’ yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka, terutama bagi remaja perempuan. Sesetengah mesej lucah yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang remaja. Ia juga menggalakkan pergaulan yang tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan perzinaan. Inilah punca yang mengakibatkan kes pembuangan bayi persis zaman Jahiliah di Tanah Arab dahulu.
      3. Penyalahgunaan telefon bimbit turut merencatkan pencapaian akademik pelajar kerana mereka teruja untuk menggunakan perkakasan tersebut berbanding mentelaah buku pelajaran. Sikap suka bertangguh akan mula bertapak dalam jiwa kerana terlalu obses dengan telefon bimbit. Hal ini sekali gus menyebabkan prestasi mereka merudum, apatah lagi jika mereka diberi ruang menggunakannya pada usia yang masih belasan tahun.
      4. Penyalahangunaan telefon bimbit juga menyebabkan masalah kewangan. Ada pelajar sekolah yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk memastikan telefon mereka mempunyai baki kredit prabayar. Selain itu, ada pelajar yang sanggup berbohong terhadap ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan duit poket yang lebih. Secara purata, seorang pelajar sekolah memerlukan antara RM20 hingga RM30 sebulan untuk membiayai nilai tambah kad prabayar mereka. Hak ini merupakan suatu pembaziran kerana pesanan SMS dan perbualan berkenaan tidak penting dan hanya celoteh kosong sahaja.
      5. Segelintir pelajar menganggap telefon bimbit lambang kekayaan. Bagi sesetengah ibu bapa yang berkemampuan, mereka membeli telefon bimbit yang canggih kepada anak-anak. Sikap suka menunjuk-nunjuk dan menayangkan kepada rakan-rakan sebaya membuka ruang kepada persaingan yang tidak sihat. Alangkah baiknya jika wang menukar beli telefon tersebut digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.
      6. Penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan segelintir pelajar menipu dengan membuat panggilan palsu kepada agensi tertentu. Antaranya, nombor talian 999 untuk kecemasan sering disalahgunakan demi keseronokan yang menyusahkan pihak lain.
      7. Mereka harus sedar bahawa penggunaan telefon bimbit yang berterusan dalam tempoh yang lama juga, boleh mendatangkan kesan kepada otak seperti peningkatan sel-sel barah.
      8. Sebagai pelajar,mereka harus bijak menggunakan teknologi maklumat, jangan menyalahgunakannya untuk tujuan yang sia-sia.

  2. okay2,,,
    thx…

  3. sye nk lgkah2 penyalahgunaan telefon bimbit di kalangan remaja……ade x??

  4. idayu shafinaz ismail | Balas

    bleh kongsi ngn sya x kenapa telefon sebagai alat hiburan ye

  5. sy nak isi2 penyalahgunaan telefon bimbit di kalangan pelajar ssola blh x ?
    untuk research and development tingkatan 6 .

  6. TAHNIAH

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: