Kebaikan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum

Bahagian A (i): Meringkaskan Karangan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Banyak faedah yang diperoleh jika seseorang pelajar itu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Namun begitu banyak pelajar yang tidak berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan boleh dikatakan kebanyakan ibu bapa tidak rasa bersalah jika anak-anak mereka ponteng  aktiviti kokurikulum.

Persoalannya sedarkah mereka tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum? Para pelajar akan memanfaatkan  waktu senggang mereka  dengan berfaedah jika melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, sikap berdisiplin juga dapat ditanam dalam diri pelajar- pelajar sekolah.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan pelajar. Hal ini semestinya juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar. Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah Negara yang aman damai, supaya rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Lebih penting lagi, para pelajar dapat meluaskan ilmu pengetahuan melalui penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum.

Menyertai aktiviti kokurikulum juga membolehkan para pelajar mengenali dan memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia.  Hal ini juga dapat mewujudkan rasa bangga dalam kalangan pelajar dengan budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini.

Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan otak serta dapat membina keyakinan diri dalam mengharungi kehidupan dan ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan berlakunya gejala sosial yang melibatkan pelajar kerana masa lapang pelajar telah diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Bahagian A (ii): Pemahaman

  1. Berikan maksud rangkai kata memanfaatkan waktu senggang. [2 markah]
  2. Berdasarkan petikan, nyatakan alasan yang biasa diberikan oleh pelajar yang tidak mahu menyertai kegiatan kokurikulum? [4 markah]
  3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum? [4 markah]

 

About these ads

20 responses

  1. aku sokong
    kbnyakan pelajar skrg x rajin pn p koko
    alsan utama mls dan x da pekdah

    1. iyaa betul tuu sya sokong 100% yy heeheh…..

  2. nice addition of summary…
    it hepls student a lot…

  3. ckg nya karangan baik tapi tak de rangka karangan

    1. iyaa da kerrr…..

  4. as salam, asal la koko x buat pagi? kalo buat petang pon, ade pelajar lari… pagi pon pelajar lari..

    tapi baik buat pagi sbb x penat sgtla.. petang terus balik umah rehat,…

  5. [...] Kebaikan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum « Guru Biasa11 Okt 2010 … Kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan pelajar. Hal ini semestinya juga … « Slang english Care free » [...]

  6. bestnya ringkasan ini…membantu saya

  7. karangan nie memang membantu saya

  8. karangan ni ada 5 perangan je. Tapi dlm latihan kena ada 6 perangan
    Saya tak le sokong awk sorry

  9. time kaseh sbb bantu saye buwat karangan …. saye suke karangan ni …

  10. terima kasih ckgu yg sedia kn krangan nie sebgai krgn nie sya dpt membuat rujukn dri krangan yg cikgu sedia kn nie

  11. karangan ni ada 5 perangan je ={

  12. boleh thn….

  13. Karangan terbaik !

  14. cikgu,buatlah karangan kebaikan menyertai pakaian seragam…..

  15. Bagus. Terima kasih atas memberi isi yang baik kepada saya. Syabas!

  16. Very rapidly this web page will be famous amid all blog people, due to it’s nice posts

  17. I really like it when people get together and share opinions.
    Great site, continue the good work!

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: